Bila isteri aku jurukamera.
Dahulu kami saling mengenali. Di awal perkenalan kami hanyalah terlibat sama dalam satu program. Kebetulan kami bertugas unit yang sama.
Pertemuan ini selalu tidak disangka-sangka.
Dia seorang pemalu, dan kurang bercakap. Oleh kerana saya ketua masa itu, adalah sepatah dua yang dia jawab sambil tersipu-sipu memandang kebawah.
Dalam hati ini cuba sangka baik, "dia sedang menjaga pandangan, dan suara agaknya".
Dia bukanlah gadis perwatakan seperti wanita muslimah, hanya wanita biasa-biasa, namun tetap jaga batas dan auratnya.
Aku, tak pernah terfikir yang akulah yang sebenarnya akan memimpin dia.
Sekarang Alhamdulillah, Allah telah permudahkan segalanya. Semasa hari pertama saya jadi imam dia. Tak lama tu, dia rupanya tidaklah pemalu sangat. Terus teruja ajak berbual dengan saya. Maklumlah sebelum ini kami memang kurang bercakap. Dia mula bercerita masa kami di universiti dahulu.
"Awak tahu tak, masa tu saya selalu berdoa, Ya Allah temukanlah aku jodoh walau apa jua sekalipun. Ya Allah sungguhpun belum ku ketahui siapa pemilik tulang rusuk kiri ku, sampaikanlah salam kepadanya, permudahkanlah urusannya, percepatkanlah pertemuan kami di atas jalan mu", sambil mata melirik kecil memandang tepat ke arah ku.
"First saya kenal awak, saya rasa awak macam orang yang ditunjukkan dalam mimpi saya. Masatu saya penat baru lepas terlibat salam satu program ceramah, sampai dirumah saya keletihan tapi kuatkan diri juga untuk solat sunat istikharah selepas solat isha' walaupun mata dah berkedip kedip mengantuk, tak sedar entah bila saya terlelap, tahu-tahu saya bermimpi malam itu", aduannya itu buat aku tersenyum. Ya Allah, isteriku bukan biasa-biasa rupanya. Dalam diam dia rajin bangun solat sunat malam. Tak pernah sangka Allah hadiahkan aku seorang isteri sebegini.
"Saya rasa mudah bila kenal dengan awak", itulah kata yang beri maksud mendalam buat diriku pada masa tu.
Mungkin 'cliche' yang dia nak aku melamarnya. "Err tak nak aku", sebab aku tahu hatiku dimana. Bukan mudah bila diuji sebegini. Tak mahu disakiti lagi 'entah kali yang keberapa'.
Sekarang, segala-galanya telah selesai. Aku bersyukur padamu Ya Allah. Aku tidak mahu mengharap kesempurnaan pada isteriku. Cukuplah kesempurnaan yang ada. Aku mahu membetulkan diriku dahulu. Kan kita saling melengkapi kan.
Inilah hari yang menggamit memori. Gambarku ditangkap olehnya. Hari dimana aku berkonvokesyen. Cantik..... Macam orang yang tangkap gambar tu. Sekali gurau dengan dia kene cubit. Sakit =(
#sekadar gambar hiasan
#cerita rekaan semata
#hanya sekadar nukilan pagi
#opss tak kene mengena dengan penulisnya
#jangan hukum saya
#graduationday
#uthm
#cerita rekaan semata
#hanya sekadar nukilan pagi
#opss tak kene mengena dengan penulisnya
#jangan hukum saya
#graduationday
#uthm
Comments