Skip to main content

Bersangka baik.. Mungkin Allah jentik perasaan kecewa ini utk menangis kepadaNya dahulu..

Lepas I kecewa..
.
Sebulan gak laa nak lupakan...
(Kecewa ini dah berlaku bertahun lalu.. Sengaja diceritakan balik untuk inspirasi)
.
.
Yaa.. benar kan?
Kesedihan hati seorang lelaki.. sape tahu, lukanya lebih dalam..hehe
.
.
I tak tahu, tapi masatu, I lupakan dgn sibukkan diri buat keje keje amal..
.
I sibukkan diri utk join program, sibuk belajar bisnes online.. sibuk mengajar orang..
.
Sibuk jugak perbetulkan diri.. bercampur masyarakat, buat kenduri kat uma.. join sahabat yadim.. dan join jemaah iktikaf mesjid..
.
Sibuk pergi seminar bisnes!

>> Agar I tak nak fikir langsung pasal wanita... Tak payah fikir langsung pasal nak kahwin!!
*masa tu lah, tapi masa sekarang Alhamdulillah dah normal dah.. hehehe
.
.
"..I ada impian besar sebelum kahwin nanti, I dah ada beberapa bisnes.. dah jadi trainer.. dan motivator.. maka permudahkanlah aku dalam apa jua bidang yang aku buat.."
.
(Dalam doa setiap niat yang aku buat.. masa beberapa tahun lalu..)
.
Sehingga didampingi orang orang baik mengingatkan diri ini..
Yang banyak mempengaruhi diri ini untuk perbaiki diri..
.
>> Tips: Bergaul dengan orang yang berjaya dalam impian yang kita nak..
.
Alhamdulillah, apa yang I impikan.. Memang betul, Allah gantikan perasaan kecewa tu, dengan benda lain yang lebih baik.. Allah tunaikan apa impian aku kat atas tu..
.
.
..Ada bisnes..
..Jadi trainer..
..Dan motivator..
.
.
I bermula dari bawah.. I join program program, jadi jawatankuasa, yang 'related dengan perkara impian I diatas masa kat Universiti.. Unpaid!
.
.
.
"..Masa tu kawan kawan kutuk I, wat perrr larhh kau join program program ni.. bukan dapat duit pun.. buat penat badan jerrr.."
.
.
Dalam hati I hanya menjawab, ".. I masuk dalam ni, sebab nak belajar, dan I ada matlamat I yang tersendiri.."
.
.
Bermulalah join fasilitator program Jejak Menara..
Anjuran Sahabat Yadim..

Dan aktif bagi talk di universiti sendiri..
Sampailah dijemput ke beberapa buat IPT..
.
Jadi trainer tu sebab, I dah bertahun, tahun jadi AJK Multimedia & Publisiti..
Memang ramai 'grab' I untuk kocing.. Jadi I ada keyakinan nak buka kelas sendiri..
.
Alhamdulillah, Allah permudahkan..
.
.
Tang motivator memang I suka bercakap..
I gagap dulu weyh!
.
Nak tahu tak I buat apa nak hilangkan gagap n low confident ni?
.
.
.. I pernah jadi DJ kolej kediaman, masa pengambilan pelajar baru..
.. I pernah jadi pembaca doa..
.. I pernah disuruh..agar beri tazkirah..
.
.
Sampailah, I join kelab debat kat universiti..
Acah acah lantang bercakap..
.
*padahal niat I nak improve communication skill jerr..
.
.
Bila bercerita tentang motivator..
.
I ada cerita lampau yang tersendiri untuk dijadikan tauladan dan sempadan.,
Yang boleh dijadikan bahan motivasi kepada rakan rakan I, mahupun, bila dijemput untuk bagi talk kat universiti..
.
Bila bercerita tentang penulisan..
.
I bukannya pandai menulis sangat.. Acah acah jerr..
Tapi I praktik untuk baca status inspirasi kat FB hari hari, baca makna ayat Alquran..
Dan I hari hari la praktik update status FB yang bagi inspirasi..
.
.
I update tu semua nak improve gaya penulisan I yang tak seberapa ni..
Sangat sibuk masa tu.. kan?
.
.
Nak tau tak story I?
Okay lepas tu..

I sedar.. mungkin..
.
.
Rasa susahnye nak cari bakal zaujah.. rasa macam diri ni takde sape nak... rasa cam tak laku jerr..

Ahhh... tak nak putus asa... sangka baik mungkin Allah sediakan yang terbaik utk kita..

Habis je I belajar kat UTHM.. I fokus bisnes betul betul.. org sibuk g cari keje..

I sibuk buat produk digital.. dan buat training..

Takpelah.. sementara belum grad..

Berbekalkan ilmu pemasaran yang sikit.. setelah pergi kelas meniaga sana sini.. Lepas balik tu, I praktik, dan sales meningkat naik.. lepas dapat beratus share tak sampai seminggu dilancarkan!

Dari situ, I da nampak flow mudahnya meniaga online..

*Jangan salah sangka, sales meningkat naik, berbulan bulan sebelum saya viral lagi tau..
(Setelah setahun bertatih buat bisnes online & training & motivator)

Masa tu jugak I siapkan penulisan buku yg akan diterbitkan tak lama lg..

Masa ni hati I da tawar da nak serius nak kenal lama lama..
I fikir, ada jer yang minat kat I n sedia nikah I nak 'accept' terus jerr...
.
.
Sambil sambil tu saya prepare lah...
Masatu,

I fikir bisnes dan memajukan diri jerr...
I banyak masa bergaul dengan orang orang yang bagi I semangat nak memajukan diri, bisnes, apa saja..

"..Bila kita bergaul dengan orang positif, inshaAllah kita jadi positif jugak.."
.
.
I hadir kelas kelas, dan seminar untuk tambah lagi ilmu dalam perniagaan..
.
.

.
.

Tapi.. selepas beberapa dekad menyepi soal jodoh...
Ada sesuatu yang buat aku tersentap dari lamunan diri.
.
.
Umi tanya..
Ayah tanya..

".. Ubai bila nak kahwin.. asyik belajar jerr tak habis habis.."
(Masa ni I mengadu, lepas habis degree nanti, I nak sambung lagi..hehehe)

.
.
"..Apa lagi yang aku perlu sedia lagi kan? Kalau bisnes dah ada, mak ayah makin tanya lagi... Akhir usaha dah ni.. lepas 2 tahun tak nak pikiaq pasai kawinn..."
.
.
.
After, over the year.. single..

.
Last sekali I promote sendiri kat group baitul muslim n kat profil FB..
(seyes.. ni kali pertama dalam hidup saya cuba iklankan diri macam ni.. rasa malu sangat)
.
.
*Sebelum ni hanya pandai promote bisnes jerr.. tapi tang nak promote diri untuk ambil hati seorang wanita untuk dijadikan yang halal.. Arrgghhh.. Itu I failed.. sebab I pemalu..
.
.
Banyak benda I fikir, apa kawan kata, apa mak kata, apa nenek kata..
Tapi I lawan balik.. I cabar diri ni.. Takkan benda baik nak malu malu kan..
.
I pejam mata.. dan publish terus post tu..


.
Tak sangka lak.. beribu ribu org komen.. beribu ribu rupanya org senasib cam I.. ada kerjaya tapi mencari jodoh..

Takpe.. jgn putus asa dalam berusaha..
.
Kerjaya itu tak menjamin, keperluan utk berjodoh..

Ramai yg bekerjaya belum berjodoh..
Rmaai yg belum bekerjaya pikir jodoh..

Ahhh... kan jodoh rahsia Allah..
.
Kalau dah jodoh..

Tak kisah lah jumpa macam mana sekali pun kan.. inshaAllah jumpa..

Akhirnya...

Setelah beberapa liku liku selepas viral...

Allah permudahkan semuanya untuk sy nikah nanti =)

*nanti saya umumkan sape jodoh sy.. tapi masa nikah nanti la.. selagi belum nikah I tak berani umum.. sebab selagi tak nikah.. kita belum jodoh sesiapa pun..

Duhai awak... jangan putus asa...

Nak cita kecewa, macam macam kecewa da I lalui.. ia sedih sampai demam demam..

I nak nangis.. tapi tak keluaq ayaq mata..

Mungkin Allah jentik perasaan ini utk menangis kepadaNya dahulu..

Yaa... betul.. Allah beri kekuatan lagi lepas tu..

Sorang kecewakan I, 100 org yg baik baik bg semangat yg baik..
.
.
.
Beberapa lama masa tu, I rasa..

I susah nak dpt bakal yang tepat masa tu..

Tapi I terus berusaha...

Sebab I tahu.. jodoh I mmg tak pernah tersalah orang...

Sebenarnya I malu nak share perkara sebenar tau..

Jadi, komen sape baca status I ni =)

#jodohubaidullahjaafar


*buat yang kecewa tu, jangan lupa senyum.. pandang depan.. travel dulu.. lihat keindahan alam.. Lihat kebesaran Allah.. Kita akan sedar, betapa kecilnya perasaan kecewa tu.. kalau nak dibandingkan Nikmat yang sangat Indah Allah dah bagi FREE pada kita =)





Terima kasih baca penulisan saya yg tak seberapa ni..

Nasihat sy, bila kita kecewa?
.
Kita kene bersyukur.. sebab Allah ada something yang 'surprise' yang lebih baik nak bagi kita..
.
.
Tak mengapa seandainya.. akhirnya kira bukan pilihan dia..
.
.
Kerana...
.
Bila kita bersangka baik.. kepada Allah..
Atas ujian ni.. semuanya dari Allah..

Kita akan mampu tersenyum lagi kepada Allah..
.
.
Yang manis..
Kita tertunggu tunggu...

Apa lagi yang Allah nak sediakan lepas ni..
Apa lagi ujian yang Allah datangkan...
Apa lagi hikmah disebalik kekecewaan ni..
.
.
Kita akan mampu tersenyum..
Rupanya selain dia..
.
.
Ada lagi lebih baik yang Allah akan hadirkan.. nanti..
.
.
Kecewa, sedih, duka mahupun gembira...
.
Kepada Allah lah kita menangis beradu.. dan meminta...

Kalau kecewa jgn salahkan orang tu tau..
Dan jangan salahkan diri...

Tapi sangka baik... pada Allah..

Allah datang kan sesuatu... Mesti yang terbaik...
Allah hilangkan sesuatu.. mesti tu terbaik jgk...

=)

Comments

olla said…
ALLAH tu Maha Adil. Teruskan berusaha ya :)

Popular posts from this blog

Nostalgia impian dan Harapan Cita-citaku

Assalamualaikum. Selamat Awal Pagi. Mesti korang ingat saya sedang Fresh bangun pagi terus update belog kan ?? Sebab termimpi apa entri yang bakal ditulis ?? hahaha tidak lah sebegitu. Sebenarnya saya belum lagi tidur. Dah biasa dah macam ni. Bagi saya waktu-waktu macam ini sesuai untuk saya menulis entri yang apa sahaja terlintas di benak fikiran ini. Apa perasaan saya sekarang ? Gemuruh atau Risau ? ke gembira ? . Saya nak ceritakan aktiviti harini sebelum ubai sibuk mengupdate entri ini. Firstly berkenaan cita-II ubai. Bila cerita pasal cita-II mesti semua orang suka mengelamun. Aku nak jadi angkasawan lah, nak jadi saintis lah, nak jadi seorang Motivator terhebat lah. Bagus semua itu, kerana prinsip ubai, apa yang kita impikan , apa yang kita cakapkan , itulah akan berlaku sebenarnya. Impian itu cas semangat dan mempengaruhi tubuh badan akal fikiran okay. Okay, dah jauh telajak ni, masa ubai kecik-II dulu ubai pernah terbayangkan yang ubai ini akan jadi saintis berjaya. Cewah! sa

Selepas Viral: Saya datang dengan hasrat, untuk berkahwin dengan anak pakcik

Bakal yang aku jumpa selepas aku viral.. Masa ni bulan 6.. Bulan puasa.. Teringat lagi, dia sungguh sungguh suruh datang berbuka sama sama dgn family dia, sambil sambil tu jumpa mak ayah terus bincang pasal kahwin.. Dalam hati, "..mak aiiihh, terus suh dtg bincang dengan family teruss.. padahal tak kenal lagi ni.. sungguh sungguh tu dah nampak sikit dah.." Dalam ramai ramai wanita.. dia antara yang pertama, terus suruh bincang dengan mak ayah... Antara beribu orang yang sempat aku balas satu satu tu, aku terbuka hati nak bagi no phone aku kat dia.. Kenapa terbuka hati? Itu perancangan Allah.. . . Mulanya mmg stranger, kami tak pernah kenal langsung.. nak stalk kat FB pun tak lepas, sebab masatu takda gambar dia kat FB. . . Dia selalu mesej suruh dtg rumah jumpa mak ayah.. dia kata dia tunggu aku.. . . disebabkan aku bz dah nak praktikal.. ke Kuantan.. aku biarkan saja.. tak dapat memenuhi hasrat berbuka sama sama dengan keluarga beliau.. . . Bukan aku tak nak terim

SEGMEN : Blogwalking & Kenali IPT

Kelik kalau nak Join SEGMEN ni >> Husna Humairah  & Kak Niera Assalamualaikum, Selamat malam, sepetang bersama dalam blog . Wah , segmen ini mampu menarik minat saya lah. Saya sebenarnya blogger baru tau, memang minat join segmen. Tapi tidak lah semua segmen. Sebab percambahan segmen ni sangat drastik, tak sempat saya nak follow satu, demi satu, sebab saya pun sedang sibuk. Ini pun curi masa sikit sebab exited nak join segmen ini [ditulis pada waktu malamnya]. Terima kasih banyak-banyak kepada husna humairah & Kak niera sebab jemput join segmen ini. Emm nak tanya ? adik beradik ea ? nama macam semacam jea ? hehehe. Maaf busy body sikit. Tapi memang hebat lah , sebab idea segmen ini sebenarnya memberi impak positif sebenarnya kepada sesiapa yang membaca, menimbulkan perasaan menarik buat saya untuk menulis lagi =). Terima kasih ya. Bila bercerita pasal IPT "Entry kalian mestilah berunsurkan IPT masing-masing. (samada mengenai pensyarah, atau c