Skip to main content

Selepas Viral: Saya datang dengan hasrat, untuk berkahwin dengan anak pakcik

Bakal yang aku jumpa selepas aku viral.. Masa ni bulan 6.. Bulan puasa.. Teringat lagi, dia sungguh sungguh suruh datang berbuka sama sama dgn family dia, sambil sambil tu jumpa mak ayah terus bincang pasal kahwin.. Dalam hati, "..mak aiiihh, terus suh dtg bincang dengan family teruss.. padahal tak kenal lagi ni.. sungguh sungguh tu dah nampak sikit dah.." Dalam ramai ramai wanita.. dia antara yang pertama, terus suruh bincang dengan mak ayah... Antara beribu orang yang sempat aku balas satu satu tu, aku terbuka hati nak bagi no phone aku kat dia.. Kenapa terbuka hati? Itu perancangan Allah.. . . Mulanya mmg stranger, kami tak pernah kenal langsung.. nak stalk kat FB pun tak lepas, sebab masatu takda gambar dia kat FB. . . Dia selalu mesej suruh dtg rumah jumpa mak ayah.. dia kata dia tunggu aku.. . . disebabkan aku bz dah nak praktikal.. ke Kuantan.. aku biarkan saja.. tak dapat memenuhi hasrat berbuka sama sama dengan keluarga beliau.. . . Bukan aku tak nak terima dia pada masa itu.. tapi.. sebab masa tu, aku sedang tunggu jawapan taaruf dgn seseorang juga yang lain.. Itu pun dpt rekemen sejak daripada kes viral tu jugak.. . . Kalau jawapan rekemen yang ini setuju, untuk dinikahi dengan aku.. aku dah boleh bagi jawapan kat lain, termasuk si dia yang betul sungguh sungguh ni, bagitahu dia yang aku dah jumpa bakal zaujah.. . . Maka, dah tak perlu pening dah.. aku tak pilih dah sebab aku dah ada bakal yang setuju.. . . Tapi.. Malangnya, jawapan yang saya dapat menduka citakan.. . . Macam macam masalah sampai.. ibunya sangat setuju.. anaknya pula tak setuju.. aku pula? Tersepit di tengah tengah? .. . . Statement aku dalam hati mudah jer, "..benda kalau disusah susahkan, sedangkan ia tak lah susah, maka percaya, itu tandanya dia bukan jodoh kita.." . . Contoh.. . . kita nak kahwin dengan seseorang.. tapi dia mula dengan alasan, kita tak boleh lagi.. sebab awak bukan lah lelaki pelindung, awak ni pemalu tak sesuai sbnarnya dgn sy lah.. awak kena tunggu habis belajar 3 tahun lagi lah.. dan jangan bawa emak kalau berkunjung rumah nanti lah.. kolej tak bagi kahwin lah... adehhhh Nampak kan? Ia mudah.. tapi disusahkan.. . . Takpe lahh.. aku malas nak fikir lagi sampai habis praktikal nanti baru fikir.. . . Dan aku sendiri menolak permintaan untuk teruskan taaruf dengan bakal rekemen pertama tu.. . . Owhh, baru tahu, rupanya dia memang tiada perasaan dan hati pun dari awal, walaupun dah berkunjung datang rumah.. . . Cakap lah awal awal, kalau tak suka pun.. tidaklah saya penat bagi kata kata pengharapan dan menunggu.. . . Dan saya terus undur diri.. tetapi si yang sungguh sungguh ni masih follow up saya, untuk berkunjung di rumahnya.. . . Hari berganti hari, aku masih lagi tergantung untuk bagi jawapan.. kerana mulanya hatiku tak pula rasa dengan dia.. . . Sedangkan, yang ibu dia cerita.. hari hari dia doa.. agar bakal suaminya aku.. agar aku pilih dia.. kadang kadang menangis.. bila dapat tahu.. aku seolah tak pilih dia awalnya.. luahan ibunya.. . . Tiba hari raya, 10 hb 7 aku berkunjung di rumahnya.. setelah di minta untuk hadir di rumahnya. . Alhamdulillah, hati berputik untuk teruskan terima dia sbg bakal zaujah lepas aku datang rumah, jumpa mak ayah dan luahkan hasrat.. . . "..saya datang dengan hasrat, untuk berkahwin dengan anak pakcik.." . (Sambil pipi merahh) 😆😆😆 . Malam tu mulanya, ayahnya macam berat nak lepaskan. . Sampai lah.. . Nasihat ibunya yang sungguh menyentuh, "..jaga dia baik baik, jgn lukakan hati dia.. wanita bukan mudah untuk kita ambil dan lepaskan.. dia dah suka kamu.. terima jer lahh.. lagipun dia seorang yang baik.. bukan jenis yang keluar malam kalau bukan dengan ibu bapa.." . . Aku balik buat istikharah dulu.. dan melihat perwatakan dia, layanan baik ibunya, dan ayahnya.. Alhamdulillah, akhirnya terbuka untuk pilih dia.. . . Aku habis praktikal, terus beli cincin tunang kat kuantan, kedai emas ariffin.. Terima kasih nizam, sahabat yang baru kahwin, banyak berkongsi tentang ilmu perkahwinan, dan banyak bantu cari barang barang cincin.. . Allah permudahkan.. selang berapa hari habis praktikal tu terus bertunang.. . . Ada 3 bulan lagi nak prepare untuk kahwin.. . Dan pergi kursus kahwin sama sama, turun naik pejabat temuduga. . Alhamdulillah, dipermudahkan semuanya.. . Tinggalah sebulan lagi aku akan bernikah dengannya.. . . Ingat.. Kenapa aku pilih dia.. . Mungkin beribu orang yang PM.. Tapi yang betul betul sungguh sungguh.. . . Yang berdoa.. solat hajat.. Yang suruh datang rumah terus jumpa mak ayah.. . . Yang berani luahkan hasrat nak kahwin pada mak ayah.. . . Yang sentiasa follow-up saya untuk terbuka hati menerimanya.. . . Yang pendiam, pemalu.. tapi berani betul melamar lelaki macam aku ni.. hehe . . Dia sorang jerr.. Dia sorang jerr yang betul betul usaha... . . Orang tanya.. "..macam mana kau pilih dia dalam beribu orang tu.." . . Aku pilih sebab ketentuan & kesungguhan beliau... . . Dan selepas tu.. aku memang bersungguh sungguh jugalah.. bantu permudahkan majlis kami.. . . Sampai kad kahwin design sendiri.. disebabkan kedai lambat siap.. . . Dan majlis kami pun sederhana.. Awak yang tidak memiliki saya... . . Sebenarnya saya milik Allah.. Allah yang menggerakkan hati seseorang.. . . Dan rezeki, jodoh, ajal maut semua telah tertulis sejak belum dilahirkan kat dunia lagi.. . . Jika kita redha, dan tak putus asa.. InshaAllah, Allah sentiasa akan buka jalan terbaik untuk kita.. dipermudahkan segala urusan.. . . Saya pun tak pernah sangka, buat kerja susah.. tapi akhirnya kerja itu ada kelancaran.. sehinggalah saya menemukan jodoh saya.. . . Mana mungkin, saya ada wang hantaran, persediaan nikah, beli barang semua.. Ini semua bantuan dari Allah.. . . Allah permudahkan urusan untuk dapat rezeki dalam pembuatan modul modul tutorial, pengumpulan koleksi hasil hasil design photoshop & Ai, dan video tutorial semua.. . . Oh ya, templet kad kahwin yg sy design tu pun ada lama dalam modul yang saya siapkan.. mmg newbies dlm design pun boleh edit balik kad kahwin tu, tukar next dan gambar.. . . Allah permudahkan sekali lagi apabila produk digital itu dapat permintaan.. walaupun tidaklah banyak macam jerung jerung luar sana.. . . Tapi saya yakin, bila kita niat yang betul.. niat yang baik.. Nak nikah, jadi diri lebih baik.. melengkapkan segala kekurangan yang ada... . . Walaupun, segala perancangan walaupun rasa tak masuk akal awalnya, tapi Ia dipermudahkan, dari satu kepada satu perkara yang lain.. sehingga akhirnya Urusan nikah dengan dilakukan jayanya! . . Buat sahabat sahabat yang menyokong.. . Minta doakan saya agar Allah permudahkan urusan selepas nikah nanti, pikul tanggungjawab baharu sebagai seorang suami. 10hb Disember, pasangan ini bakal disatukan....sungguh Allah permudahkan semuanya 😊😊😊 Silakan SHARE, semoga ia bermanfat pada sahabat sahabat anda yg mencari jodoh... Like page untuk follow perkembangan saya kahwin nanti 😊😊 #jodoh #ubaidullahjaafar



End of my story, dia datang dengan mak saya, masa saya konvokesyen UTHM.. Alhamdulillah, jumpa da bakal sy.. dia ni.. Saya anak sulung.. dia pun anak sulung.. baru aku perasan.. sepanjang aku approach wanita.. dan tak menjadi sebelum sebelum ni.. semuanya anak sulung! Doakan agar dipermudahkan tau.. ramai orang pertikaikan, nape tak cari kat universiti je.. aku dah cari da.. semua tak ready nak nikah.. hmmm.. so, this is the last effort i done successfully


Haaa? Ada orang kata muka sama ? Yerr kerr? Kalau dekat dekat tak nampak sama pun.. Nah saya tunjuk beberapa komen kat bawah ni..


Haaa, kene interview surat khabar.. yaa, tak lah cuba nasib.. kita perlu usaha cari jodoh.. bukan cari awekkss yaa.. nak cari bakal parner dalam hidup.. yang hari hari jalani kehidupan dengan dia.. tapi ada miss information dalam newspaper ni.. bakal saya orang muar.. 10 minit dari rumah sampai dahhh



Gara gara viral, masuk juga rancangan motif viral.. merasa la lihat suasana dalam studio.. sebenarnya background dalam ni semua hijau.. dia dah edit balik pakai green screen.. first time kena solek uollss.. tak biasa sy.. Hadir nak bagitahu, saya viral, memang nak cari jodoh.. sebab ramai jugak yang salah faham.. apapun, saya dah bertemu jodoh dahh.. Alhamdulillah



Saya, umi saya, bakal saya, bakal ibu mentua saya...


Tahun depan sambung study.. sambil sambil part time trainer, dan menulis banyak lagi modul serta buku..



Ada juga sama tarikh nikah dengan saya, Alhamdulillah mudah mudahan...



Uoolss nak belajar design macam kat atas ni.. meh drop komen kat bawah.. ada tips percuma nak bagitau kat uolsss.. Akan di share tiap kali saya buat kelas design photoshop & Ai.. Klik link ni akn dapat tips PERCUMA akan dtg melalui emel.. .Klik sini >> www.bit.ly/designposter . . Paling best, yang daftar kat link ni utk dptkan TIPS PERCUMA, akan dapat info MasterCollection, bonus, cabutan bertuah akan datang Klik sini >> www.bit.ly/designposter Klik sini >> www.bit.ly/designposter




Tq uollsss follow perkembangan saya... Kad dah ada kat atas tu.. nak datang silakan.. just inform saya jerr.. Dan saya akan bagi jawapan.. buat majlis belah perempuan dulu.. dan belah lelaki inshaAllah bulan 2 atau 3.. Aminnn

Comments

narikovaline said…
MMC Casino - Dr. Minneapolis, MN
MMC Casino is located on the 영천 출장샵 east side 여수 출장안마 of the lake. From our guest room to the dining 김포 출장안마 area, we offer top-notch services 김제 출장샵 and the finest 서귀포 출장마사지 quality

Popular posts from this blog

Nostalgia impian dan Harapan Cita-citaku

Assalamualaikum. Selamat Awal Pagi. Mesti korang ingat saya sedang Fresh bangun pagi terus update belog kan ?? Sebab termimpi apa entri yang bakal ditulis ?? hahaha tidak lah sebegitu. Sebenarnya saya belum lagi tidur. Dah biasa dah macam ni. Bagi saya waktu-waktu macam ini sesuai untuk saya menulis entri yang apa sahaja terlintas di benak fikiran ini. Apa perasaan saya sekarang ? Gemuruh atau Risau ? ke gembira ? . Saya nak ceritakan aktiviti harini sebelum ubai sibuk mengupdate entri ini. Firstly berkenaan cita-II ubai. Bila cerita pasal cita-II mesti semua orang suka mengelamun. Aku nak jadi angkasawan lah, nak jadi saintis lah, nak jadi seorang Motivator terhebat lah. Bagus semua itu, kerana prinsip ubai, apa yang kita impikan , apa yang kita cakapkan , itulah akan berlaku sebenarnya. Impian itu cas semangat dan mempengaruhi tubuh badan akal fikiran okay. Okay, dah jauh telajak ni, masa ubai kecik-II dulu ubai pernah terbayangkan yang ubai ini akan jadi saintis berjaya. Cewah! sa

SEGMEN : Blogwalking & Kenali IPT

Kelik kalau nak Join SEGMEN ni >> Husna Humairah  & Kak Niera Assalamualaikum, Selamat malam, sepetang bersama dalam blog . Wah , segmen ini mampu menarik minat saya lah. Saya sebenarnya blogger baru tau, memang minat join segmen. Tapi tidak lah semua segmen. Sebab percambahan segmen ni sangat drastik, tak sempat saya nak follow satu, demi satu, sebab saya pun sedang sibuk. Ini pun curi masa sikit sebab exited nak join segmen ini [ditulis pada waktu malamnya]. Terima kasih banyak-banyak kepada husna humairah & Kak niera sebab jemput join segmen ini. Emm nak tanya ? adik beradik ea ? nama macam semacam jea ? hehehe. Maaf busy body sikit. Tapi memang hebat lah , sebab idea segmen ini sebenarnya memberi impak positif sebenarnya kepada sesiapa yang membaca, menimbulkan perasaan menarik buat saya untuk menulis lagi =). Terima kasih ya. Bila bercerita pasal IPT "Entry kalian mestilah berunsurkan IPT masing-masing. (samada mengenai pensyarah, atau c